Hati, dari segi sains berfungsi sebagi penyah toksid dalam badan kita dan sebagai penapis semula jadi bagi menapis darah dalam tubuh badan kita. Hati dari istilah mental pula membawa pelbagai maksud yang tersirat. Perasaan pula berkait rapat dengan jiwa. Jiwa, kita tidak dapat melihatnya tetapi kita hanya dapat menghayatinya. Manakala perasaan pula satu lumrah naluri yang sudah ada dalam diri setiap umat manusia di seluruh pelusuk dunia. Bercakap mengenai hati, aku mula berfikir, kenapa aku tidak mempunyai teman wanita lagi? Jiwa aku pula menjawab ini mungkin tidak lama lagi. Lantas dengan itu perasaan aku bersampuk pula, “Cepat la wei, aku da bosan hidup sorang “. Mungkin ini semua anda semua penah...
Memang sakit rasanya bila sesuatu yang kita sayangi hilang dan tidak muncul-muncul dalam hidup kita. Samalah keperitan yang aku rasa apabila pelayan di Mercumaya membuat halnya dengan tersendiri. Dalam masa seminggu lebih ini, hosting yang aku beli di Mercumaya tidak dapat dicapai kerana kerosakan yang berlaku di box6.mercumaya. Nasib baiklah pihak Mercumaya menghantar email kepada aku mengatakan tentang kerosakan ini. Pihak Mercumaya ada menawarkan kepada aku untuk memindahkan server aku kepada box yang lain tetapi aku rasa tidak perlu dan aku menunggu proses membaiki dijalankan oleh pihak Mercumaya. Apa yang aku pelik, begitu lama masa yang diambil untuk membaiki kerosakan yang berlaku. Nasib baiklah kerosakan ini...
Barang untuk dijual. RM530, barang masih baru. MP4 daripada Creative. Model Zen X-Fi 2 Touch Screen 8gig. Mempunyai sistem bunyi X-Fi iaitu sistem bunyi yang disokong dengan sistem Extreme Fidelity. Mempunyai skrin sesentuh yang mesra pengguna. Terdapat radio, aplikais-aplikasi yang menarik seperti Sodoku. Boleh menyimpan senarai kenalan dalam Zen ini. Zen ini juga dapat dihubungan dengan TV anda dengan menggunakan kabel A/V. Resolusi yang sangat memuaskan ketika menonton movie dalam Zen ini. Barangan masih lagi baru. Warranti setahun. Kotak original Zen disertakan sekali. Kepada sesiapa yang berminat boleh YM saya di kapalburuk@yahoo.com atau mesej saya ditalian 017-9787219 – Hakim. #gallery-1 { margin:...
Hari ini dalam sejarah(bukan sejarah dalam buku teks). Banyak perkara yang telah berlaku pada tarikh 26 May 2010, hari Ahad. Semuanya berlaku dalam 1 hari dan aku tidak menyangka semua ini berlaku dalam sekelip mata! (bagaikan kelip2 yang terbang tanpa mata!) Pagi 26 May, aku dan ZulhilmiRosnin bersiap-siap untuk pergi ke kelas untuk menghadiri kursus Linux. Aku dan Zul bersiap-siap seawal jam 8.20 pagi kerana hari ini adalah hari terakhir kursus Linux setelah 15 hari diadakan di lab Makmal Pengatucaraan FTMK. Aku dan Zul merancang untuk memakai pakaian kemeja kerana ingin membuat gambar untuk kad alumni di Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO) UTeM selepas tamat kelas pada hari ini. Jam 8.40 pagi. Aku dan Zul bertolak...
Tidak tahu mengenang jasa, itulah istilah yang boleh aku katakan kepada mereka yang meminggirkan kedua ibubapa mereka. Aku sangat sedih bercampur marah kerana kes tanggang masih lagi berleluasa dan yang paling membimbangkan, kes ini semakin hari semakin meningkat. Terbaru, Hospital Kuala Lumpur menyatakan, kes anak-anak meninggalkan ibubapa mereka dihospital semakin meningkat. Apabila anak-anak menghantar ibu atau bapa mereka kerana sakit, mereka akan meninggalkan ayah atau ibu mereka dengan begitu saja! Tidakkah ini dianggap terlalu zalim? langsung tidak mengenang jasa. Kebanyakan orang tua yang ditinggalkan di HKL adalah mereka yang ditinggalkan oleh anak-anak mereka tanpa sebarang perhubungan lagi dengan keluarga...
Post kali aku ingin menerangkan salah 1 Linux Distibution iaitu Moblin. Sebelum pergi lebih jauh aku ingin memperkanalkan terlebih dahulu apa itu Linux. Dari segi pemahaman aku, Linux ini adalah sebuah sistem pengoperasian atau lebih dikenali sebagai OS/operating system. Sama macam Windows, Linux digunakan pada sesebuah komputer untuk melaksanakan sesuatu tugasan oleh pengguna. // nf Pertama kali aku kenal dengan Linux ini adalah ketika aku mengambil subjek Sistem Pengoperasian pada awal tahun 2 pengajian aku di UTeM. Distribution atau lebih dikenali dengan Distro oleh penggemar Linux yang aku gunakan semasa mengambil subjek OS adalah Fedora 5.0 dan versi terkini Fedora adalah Fedora 5.5. Manakala pada kursus...
Mungkin post yang aku buat ni agak lambat sikit, padahal MyFriends2u.com ini sudah lama dilancarkan, kira-kira seminggu yang lepas. MyFriends2u.com ini telah dilancarkan sempena dengan Hari Belia Negara 2010 yang bertempat di Putrajaya. Majlis perasmian MyFriends2u.com telah disempurnakan oleh Menteri Belia & Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek. Tujuan utama MyFriends2u.com ini ditubuhkan adalah untuk memudahkan golongan belia untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk disertai oleh mereka. Paparan antara muka MyFriends2u.com ini bagi aku sedikit sebanyak menyerupai laman sosial Facebook. Tidak kurang juga warna tema biru juga hampir sama dengan Facebook. MyFriends2u.com ini telah dibangunkan oleh...
Guru, Engkau bagai permata buku bagiku, Mencurah segala keringat ilmumu, Curahanmu tidak mengenal erti jemu, Memberikan kami semangat baru, untuk membina kehidupan dimasa hadapan. Andai engkau tiada dalam hidupku, Entah porak hidupku tanpa didikanmu, Akan tetapi guru, Kami sentiasa menyakiti hatimu setiap hari, Namun engkau tetap tabah menghadapi semua ini, Kerana engkau tahu, Bahawa engkau adalah seorang pendidik. Guru, ilmumu bagaikan permata gunung Everest, betapa susah ilmumu untuk dicari, akan tetapi engkau dengan sahaja, memberikankan kami ilmumu yang berharga itu. Guru, akan kami jaga ilmumu ini, akan kami pergunakan dengan sebaik mungkin, akan kami persebarkan ilmu ini, akan kami ingat sampai bila-bila, kerana...
Macam cuti sem-sem lepas, FTMK tidak pernah kering dengan kursus berkaitan IT yang berlambak ditawarkan. Aku merasakan cukup bertuah berada di UTeM, kerana bagi aku UTeM adalah satu-satunya universiti yang banyak menjalinkan kerjasama dengan industri. Perkara ini sekaligus menyebabkan pelajar-pelajar daripada graduan UTeM akan laku seperti pisang goreng apabila bergraduasi kelak. Memang tidak dapat dinafikan, kebanyakkan pelajar tahun akhir yang pratikal disesebuah syarikat akan menyambung bekerja disyarikat tersebut kerana tahap pengetahun teknikal yang tinggi wujud dalam diri setiap pelajar UTeM. Antara pihak yang menjalinkan kerjasama dengan UTeM ialah Multimedi Development Corporation (MDeC). Sebelum ini aku sudah...
Rahmat, bukan nama sebenar, berasal daripada Johor Bharu dn tinggal bersama dengan keluarga yang cukup sederhana. Pada umurnya yang belasan tahun, dia seorang yang selalu suka keluar berjalan-jalan dengan kawan-kawanya. Tahun 2006, Rahmat bakal menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ayah dan emaknya sentiasa memberikan nasihat demi nasihat supaya dirinya bersemangat untuk belajar dengan bersungguh-sunguh. Rahmat menghadapi peperiksaan SPM dengan persediaan yang kurang. Lewat tahun 2006, keputusan SPM diumumkan, Rahmat mendapat keputusan yang kurang memberangsankan. Sementara menunggu keputusan UPU diumumkan, Rahmat membuat keputusan untuk bekerja disebuah pasaraya berhampiran rumahnya. Rahmat bekerja...
Kebanyakan masyarakat di Malaysia pernah disaman tidak kira disaman polis trafik, JPJ ataupun mana individu lain. Kali ini, JPJ telah meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mana saman JPK yang biasanya RM300 telah ditingkatkan kepada RM1000. Peningkata sebanyak 300% ini sedikit sebanyak mengejutkan ramai pihak. Aku dulupun pernah kena saman oleh JPJ sebanyak RM300 kerana tidak memakai topi keselamatan. Pada ketika itu umur aku 15 tahun dan aku telah diminta untuk naik ke mahkamah dan mengaku kesalahan aku itu dan itulah kali pertama dan mungkin kali terakhir aku masuk mahkhamah. Saman RM1000 ini jikalu terkena kepada orang yang berpendapatan sederhana contohnya anak-anak muda lepas universiti yang baru setahun jagung...
Menceritakan sebuah kisah yang berlaku di Kelantan. Kisah ini berlaku sekitar 2 tahun lepas. Ahmad seorang anak jati Kelantan yang kini menetap di Tanah Merah dan tinggal bersama keluarga yang sederhana. Ahmad mempunyai seramai 6 orang adik-beradik kalau tidak silap aku. Keluarga mereka berasal daripada keturunan baik-baik. Setiap kali aku bertandang ke rumahnya, pasti dilayani baik oleh ibunya, che Pah. Rumah lama Ahmad terletak kira-kira 300 meter daripada rumah aku. Tetapi kini Ahmad telah berpindah ke Kampung Chawas. Setahu aku, Ahmad ini hanya belajar setakat SPM dan kini menunggu untuk menyambung belajar. Aku harap Ahmad dapat menyambung pelajaranya untuk masa depannya. Sementara menunggu untuk menyambung pelajaran,...

Nama yang diberi Muhammad Hazwan Hakim. Panggil Hakim. Lahir di Hospital Besar Tumpat, Kelantan. Menetap di Kelantan. Lahir 1989. Sekarang menetap di Tanah Merah, Kelantan dan belajar di UTeM.






