28 Januari 2010, hari Khamis menjadi satu lagi satu lagi nota dalam sejarah UTeM.
Pada pagi yang ceria dan terang ini, UTeM menjalankan proses pembuangan undi
bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) bagi sesi 2009/2010. Seawal matahari
terbit di belah timur, kaunter-kaunter di seluruh kawasan UTeM mulai dibuka
kepada para pelajar untuk mengundi calon pilihan mereka. Pilihan raya kampus UTeM
kali ini diketua oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni(HEPA) UTeM, Prof Zulkifli.
Sesi pilihan raya pada tahun ini membawa seribu makna kepada semua pelajar
UTeM kerana Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah
telah datang melawat ke UTeM semasa proses pilihan raya dijalankan. Dato’ Saifuddin
Abdullah telah meluangakan masa dengan melawat ke beberapa tempat membuang
undi dan juga banyak meluangkan masa dengan calon-calon MPP sesi 2009/2010.
Kedatangan Dato’ Saifuddin Abdullah amat menyenangkan para pelajar UTeM
kerana mereka dapat meluahkan pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelajar
UTeM sendiri.
Pada pilihan raya kali ini aku tidak berkesempatan untuk pergi mengundi kerana
terjaga lewat dari tidur, amat merugikan dan mengecawakan. Ada ura-ura
mengatakan peratusan keluar mengudindi bagi
Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT) sangatlah
tinggi, dimana hanya 2 orang pelajar daripada fakulti tersebut
yang tidak turun mengundi. Ini menunjukkan semangat pelajar untuk
menyertai aktiviti anjuran UTeM semakin meningkat berbanding tahun
-tahun yang lepas. Bagi Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi,
jangkaan peratusan pelajar yang keluar mengundi adalah sebanyak
95% ditolak dengan pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri.
Tidak kira apapun yang berlaku, diharapkan MPP UTeM 09/10 yang
akan datang ini memperjuangkan hak pelajar dengan sedaya yang
mungkin dan membuat peningkatan prestasi berbanding dengan MPP-MPP
sebelum ini. Peningkatan prestasi amatlah penting kepada MPP UTeM
kerana dengan peningkatan inilah kita semua dapat membuka mata
kepada para pelajar tentang hak dan kebenaran tentang apa
sebenarnya MPP UTeM perjuangkan. Selain itu juga, ia dapat menarik
lebih ramai pelajar UTeM menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh
UTeM seterusnya bergiat aktif dalam kelab dan persatuan.

Nama yang diberi Muhammad Hazwan Hakim. Panggil Hakim. Lahir di Hospital Besar Tumpat, Kelantan. Menetap di Kelantan. Lahir 1989. Sekarang menetap di Tanah Merah, Kelantan dan belajar di UTeM.







February 1st, 2010 at 9:18 pm
how to ollie…
[...] Learn how to ollie like a professional [...]…
February 4th, 2010 at 1:32 am
wah kamu manusia dar Utem kah? abg daku dahulu grad dari sana juga! hahahah
February 4th, 2010 at 1:48 am
yup..penduduk utem..abg kamu da keje ape skunk ni?
February 4th, 2010 at 1:24 pm
beliau sudah menjadi engineer di company yg supply elektrik kepada rakyat sarawak.. hehehe
February 5th, 2010 at 2:43 am
owh…hebat2..sy bangga jd student UTeM.sbb kebnyknya alhamdullilah dpt keje..
May 28th, 2010 at 2:32 am
If you are willing to buy a car, you will have to get the loans. Moreover, my mother all the time utilizes a small business loan, which is really reliable.
July 28th, 2010 at 1:21 pm
Yes you learn more while you share your knowledge with others. . . . . .