Memang sakit rasanya bila sesuatu yang kita sayangi hilang dan tidak muncul-muncul dalam hidup kita. Samalah keperitan yang aku rasa apabila pelayan di Mercumaya membuat halnya dengan tersendiri. Dalam masa seminggu lebih ini, hosting yang aku beli di Mercumaya tidak dapat dicapai kerana kerosakan yang berlaku di box6.mercumaya. Nasib baiklah pihak Mercumaya menghantar email kepada aku mengatakan tentang kerosakan ini. Pihak Mercumaya ada menawarkan kepada aku untuk memindahkan server aku kepada box yang lain tetapi aku rasa tidak perlu dan aku menunggu proses membaiki dijalankan oleh pihak Mercumaya. Apa yang aku pelik, begitu lama masa yang diambil untuk membaiki kerosakan yang berlaku. Nasib baiklah kerosakan ini...

Nama yang diberi Muhammad Hazwan Hakim. Panggil Hakim. Lahir di Hospital Besar Tumpat, Kelantan. Menetap di Kelantan. Lahir 1989. Sekarang menetap di Tanah Merah, Kelantan dan belajar di UTeM.






