Alhamdullilah, kini aku telah berjaya menyambung pelajarean ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Ijazah Sarjana Muda. Kini aku baru sahaja memulakan semester pertama pengajianku di UTeM dengan mengambil jurusan Ijazah Sarjana Sains Komputer (Pengurusan Pengkalan Data) . Matlamat aku pada episod pengajian aku yang baru ini adalah mengubah cara belajar aku ini. Ok, aku memang tidak mempunyai masa yang lama untuk berblogging buat masa ini. Sampai disini dulu coretan aku setelah 5 bulan menyepi. Jumpa lagi rakan-rakan blogging…:)
Post kali aku ingin menerangkan salah 1 Linux Distibution iaitu Moblin. Sebelum pergi lebih jauh aku ingin memperkanalkan terlebih dahulu apa itu Linux. Dari segi pemahaman aku, Linux ini adalah sebuah sistem pengoperasian atau lebih dikenali sebagai OS/operating system. Sama macam Windows, Linux digunakan pada sesebuah komputer untuk melaksanakan sesuatu tugasan oleh pengguna. // nf Pertama kali aku kenal dengan Linux ini adalah ketika aku mengambil subjek Sistem Pengoperasian pada awal tahun 2 pengajian aku di UTeM. Distribution atau lebih dikenali dengan Distro oleh penggemar Linux yang aku gunakan semasa mengambil subjek OS adalah Fedora 5.0 dan versi terkini Fedora adalah Fedora 5.5. Manakala pada kursus...
Mungkin post yang aku buat ni agak lambat sikit, padahal MyFriends2u.com ini sudah lama dilancarkan, kira-kira seminggu yang lepas. MyFriends2u.com ini telah dilancarkan sempena dengan Hari Belia Negara 2010 yang bertempat di Putrajaya. Majlis perasmian MyFriends2u.com telah disempurnakan oleh Menteri Belia & Sukan, Dato’ Ahmad Shabery Cheek. Tujuan utama MyFriends2u.com ini ditubuhkan adalah untuk memudahkan golongan belia untuk mengetahui aktiviti-aktiviti yang sesuai untuk disertai oleh mereka. Paparan antara muka MyFriends2u.com ini bagi aku sedikit sebanyak menyerupai laman sosial Facebook. Tidak kurang juga warna tema biru juga hampir sama dengan Facebook. MyFriends2u.com ini telah dibangunkan oleh...
Macam cuti sem-sem lepas, FTMK tidak pernah kering dengan kursus berkaitan IT yang berlambak ditawarkan. Aku merasakan cukup bertuah berada di UTeM, kerana bagi aku UTeM adalah satu-satunya universiti yang banyak menjalinkan kerjasama dengan industri. Perkara ini sekaligus menyebabkan pelajar-pelajar daripada graduan UTeM akan laku seperti pisang goreng apabila bergraduasi kelak. Memang tidak dapat dinafikan, kebanyakkan pelajar tahun akhir yang pratikal disesebuah syarikat akan menyambung bekerja disyarikat tersebut kerana tahap pengetahun teknikal yang tinggi wujud dalam diri setiap pelajar UTeM. Antara pihak yang menjalinkan kerjasama dengan UTeM ialah Multimedi Development Corporation (MDeC). Sebelum ini aku sudah...
10 April, Sabtu, aku dan rakan-rakan sekelasku telah mencuba nasib untuk kali pertama dengan menyertai Malaysia Cisco Netriders 2010. Pertandingan pada tahun ini diadakan di Universiti Multimedia Malaysia (MMU) Cyberjaya. Walaupun kami sibuk dengan Projek Diploma yang semakin hampir tarikh pembentangan, namun kami sanggup pergi ke pertandingan ini atau dengan kata nama lain, membunuh diri. Netriders pada kali ini tidak sama seperti Netriders tahun lepas. Pada tahun ini, kategori router tidak pertandingkan dan hanya kategori Teori dan kategori Packet Tracer sahaja yang dipertandingkan. UTeM telah menghantar seramai 9 orang pelajar Diploma dan 15 orang pelajar degree. Geng2 Netriders kategori Diploma UTeM Pada pertandingan...
Tahun akhir, merupakan tahun yang dinanti-nantikan oleh semua pelajar IPT didalam mahupun diluar negara. Setelah penat belajar selama 3 atau 4 tahun, tahun akhir merupakan tahun penantian kerana segala keringat yang telah dicurahkan selama ini akan berakhir pada tahun akhir pengajian. Akan tetapi, bagi kebanyakan pelajar tahun akhir di universiti, kolej mahupun politeknik akan merasa sedikit atau mungkin banyak tekanan dan dugaan untuk menempuhi semester akhir ini akhir di tahun akhir ini. Sempena dengan semester akhir padan tahun akhir ini, aku melihat pelabagai badai, masalah, dugaan dan pelbagai perkara lagi yang berlaku keatas kawan-kawan aku. Perkara- perkara ini juga menimpa aku. Tekanan perasaan merupakan major...
Sabtu pagi, 27 Februari 2010, aku telah menghadirkan diri dalam satu pertandingan di FTMK UTeM. Pertandingan yang lebih dikenali sebagai UCSBC ataupun UTeM CISCO Skills Based Competition diadakan bertujuan untuk mencari peserta yang akan mewakili UTeM bertanding NetRider peringkat Malaysia yang akan diadakan di MMU Cyberjaya. Penyertaan pelajar diploma bagi tahun ini amat menyedihkan. Kuota bagi pelajar diploma disediakan adalah sebanyak 30 tempat, akan tetapi hanya 10 pelajar diploma sahaja yang menyertai pertandingan kali ini. berbeza dengan tahun lepas, 30 orang pelajar diploma yang menyertai pertandingan ini. UCSBC ini terbahagi kepada 2 bahagian. Pada peringkat pertama, ujian teori selama 1 jam 30 minit akan...
Pernahkah anda terdengar perkataan malam pertama? Jika anda tidak pernah mendengar perkataan ini memang anda seorang penipu. Orang ramai, apabila sebut saja perkataan ini, sudah terlintas didalam kepala mereka tentang aksi asmara pasangan yang baru sudah berkahwin. Pelbagai andaian dan bayangan yang timbul jikalau kita bercakap tentang malam pertama ini. Apa yang ingin aku ceritakan disini ialah apa yang sepatutnya dilakukan oleh pasangan suami isteri yang ingin memasuki alam malam pertama mereka. Cara ini telah diajar oleh Ustaz Ridzuan, iaitu ustaz yang mengajar subjek Fiqh Amali bagi kelas aku semasa belajar di UTeM. Apa yang aku hormat pada Ustaz Ridzuan ini adalah ilmu yang dimilikinya. Belia tidak kedekut untuk melabuhkan...
14 Februari 2010, Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) telah menghantar seramai 10 orang pelajar ke Kovensyen & Karnival Keusahawanan IPTA 2010 di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Selain pelajar, 4 orang staff UTeM menyertai karnival ini iaitu 2 orang pemandu bas dan 2 orang pengiring. Karnival ini berlangsung selama 4 hari iaitu daripada 15 Februari - 18 Februari 2010 di kampus UMK Pengkalan Chepa. Kedatangan aku ke karnival ini hanyalah sebagai pengganti kepada orang yang tidak dapat pergi ke karnival ini. Kawan aku yang sebenarnya mengajak aku menyertai karnival ini. Dapatla juga elaun yang agak lumayan dan 2 helai t-shirt dan 1 beg, memang lawa baju dan beg karnival kali ini. Tahun lepas KARNIAWAN...
28 Januari 2010, hari Khamis menjadi satu lagi satu lagi nota dalam sejarah UTeM. Pada pagi yang ceria dan terang ini, UTeM menjalankan proses pembuangan undi bagi memilih Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) bagi sesi 2009/2010. Seawal matahari terbit di belah timur, kaunter-kaunter di seluruh kawasan UTeM mulai dibuka kepada para pelajar untuk mengundi calon pilihan mereka. Pilihan raya kampus UTeM kali ini diketua oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar & Alumni(HEPA) UTeM, Prof Zulkifli. Sesi pilihan raya pada tahun ini membawa seribu makna kepada semua pelajar UTeM kerana Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Saifuddin Abdullah telah datang melawat ke UTeM semasa proses pilihan raya dijalankan. Dato’...
Alhamdullilah, setelah hampir 30 tahun menyepikan diri, Sudut Pidato atau lebih dikenali sebagai Speaker’s Corner telah diperkenalkan semula oleh Kementerian Pengajian Tinggi(KPT). Sudut Pidato ini telah diharamkan pada tahun 1971 oleh KPT dibawah KPT dibawah Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) 1971. Tetapi, pada hari ini, satu revolusi baru bakal tercipta di semua institutp pengajian tinggi dengan wujudnya kembali Sudut Pidato ini. Pada masa ini belum ada lagi universiti yang tampil melaksanakan hak pelajar ini. Buat masa sekarang hanya Universiti Kebangsaan Malaysia universiti pertama yang menghidupkan kembali Sudut Pidato ini. Perkara ini amatlah dilihat sebagai satu titik-titik baru dalam kearah membentuk...
OK, kali ini aku ingin membuat review atau dalam bahasa ibunda kita ulasan tentang syarikat siaran radio yang aku kira masih baru dalam mewarnai dunia penyiaran radio di negara kita. Apa yang aku tahu, FuhyoFM ini adalah hak milik penuh Fitrah Media Enterprise. FuhyooFM ini beroperasi di Taman Sri Putra, Johor Bharu dan sejarah penubuhan FuhyooFM ini juga kalau tidak silap aku bermula di Johor. Untuk pengetahuan anda semua, FuhyooFM merupakan stesen radio secara talian yang pertama di Malaysia yang menyediakan peluang kepada golongan-golongan muda yang ingin menceburi bidang penyiaran. Muka depan FuhyooFM FuhyooFM juga mempunyai satu kelebihan yang mana salah satu stesen radio yang mempunyai kelebihan ini berbanding...

Nama yang diberi Muhammad Hazwan Hakim. Panggil Hakim. Lahir di Hospital Besar Tumpat, Kelantan. Menetap di Kelantan. Lahir 1989. Sekarang menetap di Tanah Merah, Kelantan dan belajar di UTeM.






